Tiada had pesanan. Untuk membatalkan atau menukar pesanan, sila
hubungi kami dalam masa 2 jam dari tempoh pesanan dibuat. Jika terdapat
pengembalian barangan oleh pelanggan, semua kos penghantaran ditambah sebanyak
10% dari harga stock asal
bil yang akan dikeluarkan. Kos penghantaran tidak akan dikembalikan. Kehilangan
barangan atau barangan tidak diterima hendaklah dilaporkan kepada HerbaMetik CustomerCare dalam
masa 48 jam selepas tarikh penghantaran. Selepas 48 jam, kami menganggap setiap penghantaran telah selamat
diterima.
Pembayaran
Kami menerima pemindahan wang melalui mana-mana
perbankan, tunai dan ATM Deposit tunai.
Cek Persendirian
Jika membuat pembayaran melalui cek
persendirian, sila pastikan pembayaran cek atas nama Asyikin Norqamarina binti
Omar. Kami akan menanti cek diluluskan oleh bank sebelum penghantaran barangan. Jadi, jika anda mahukan
barangan cepat, anda perlulah kemana-mana cawangan ATM berdekatan atau terus membuat pemindahan bayaran
melalui sistem perbankan internet.
Proses Penghantaran
Selalunya, masa yang diambil untuk penghantaran
adalah 3-5 hari bekerja (ready stock) & 2 minggu (pre order) sebelum sampai
ke tangan pelanggan. Kami akan sentiasa memastikan setiap proses penghantaran berjalan
dengan lancar. Emel akan dihantar kepada pelanggan untuk maklumat no pengesahan penghantaran.
POLISI RAHSIA
Maklumat Pelanggan
Kami menerima maklumat pelanggan
melalui emel. Sila hantarkan butir-butir diri untuk penghantaran barangan
termasuk nama, alamat, emel, no
hp dan maklumat pembayaran. Kami juga akan mendapatkan maklumat-maklumat lain bagi
mereka yang berminat untuk menjadi rakan niaga kami. Pihak kami tidak akan mendapatkan
sebarang maklumat tentang status kewangan
rakan perniagaan.
Kami berkuasa dan berhak sepenuhnya menerbitkan nama dan butiran berkaitan rakan niaga atau gambarnya, artikel mengenai rakan niaga tersebut, testimonial rakan niaga tersebut atau butiran lain yang dirasakan wajar oleh kami didalam media cetak, elektronik atau sebarang media kami untuk tujuan pengiklanan, pengisytiharan, pengumuman atau untuk kepentingan kami tanpa kelulusan, notis atau kebenaran awal daripada rakan niaga. Hak-hak tersebut kekal dan wujud walaupun tamat Hak Keahliannya. Hak cipta mana-mana bahan tersebut terletak dan kekal sepenuhnya kepada kami pada setiap masa dan kami berhak menerbitkan bahan yang sama pada bila-bila masa yang dirasakan wajar tanpa sebarang tuntutan, rintangan atau halangan daripada rakan niaga.
Kami tidak akan membenarkan sebarang urusan perniagaan dengan remaja dan kanak-kanak yang berusia 17 tahun dan kebawah.
Bagaimana Kami Mendapatkan Maklumat Pesanan Pelanggan
- Kami menerima maklumat pesanan anda.
- Anda akan menerima emel untuk maklumat pembayaran dan kos penghantaran pesanan anda.
- Sila nyatakan maklumat pembayaran anda dengan menghantar emel ke herbalmetics_online@yahoo.com.my
- Setelah bukti pembayaran kami terima, anda akan menerima satu lagi emel untuk pengesahan penghantaran dari kami.
- Pada bila-bila masa anda boleh menambah atau membatalkan pesanan anda dari kami dengan menghubungi pihak kami di herbalmetics_online@yahoo.com.my
Bagaimana Maklumat Anda Dikongsi
Kami tidak menjual atau menyewakan sebarang
maklumat peribadi anda. Jika didapati ada penyelewengan berlaku tindakan
undang-undang akan segera diambil. Kami tidak
akan menyimpan sebarang maklumat pelanggan setelah barangan selamat sampai ke
tangan pelanggan.
Bantu Kami Menyimpan Maklumat Anda Dengan
Selamat
Jika maklumat anda berubah, anda perlulah
menghubungi kami melalui emel untuk maklumat anda yang baru. Sila emelkan
maklumat anda ke herbalmetics_online@yahoo.com.my
Masalah Atau Komplain Dengan Polisi Kami
Jika anda tidak berpuas hati dengan
polisi kami sila
hubungi pihak kami di herbalmetics_online@yahoo.com.my kami
akan sentiasa memastikan anda bepuas hati dan selamat bersama kami.
POLISI PENGEMBALIAN BARANGAN
Memandangkan produk jualan berdasarkan produk kesihatan, kami tidak menerima sebarang pengembalian barangan. Dalam kata lain,
atas sebab-sebab tertentu, produk kesihatan dan produk-produk berkaitan tidak
boleh dikembalikan. Kami tidak
akan menerima sebarang produk yang dibeli selagi barangan masih boleh digunakan
oleh pelanggan. Semua jualan adalah muktamad.
Sila baca dan fahami terma dan syarat sebelum membuat sebarang pembelian atau urus niaga. Semua produk sentiasa dikemaskini.
Memandangkan produk jualan kami merupakan produk berkualiti, kami akan sentiasa memastikan barangan tidak disimpan terlalu lama dan stock barangan akan berubah dari masa ke semasa.
Produk akan diganti, wang tidak dikembalikan. Jika berlaku permasalahan penghantaran disebabkan kesilapan kami atau kerosakan ketika penghantaran barangan.
Penggantian tidak dibenarkan atas kesilapan pesanan produk lain, tidak berminat
atau tidak suka adalah masalah sendiri, atau produk telah diubah suai dalam apa
cara sekalipun.





